My Friends

Friday, 17 February 2012

Cinta Kita - Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar



Inilah aku apa adanya
Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu

Ini cintaku apa adanya
Yang ingin selalu disampingmu
Ku tahu semua tiada yang sempurna
Di bawah kolong langit ini

Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini

Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata-kata perpisahan

Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yang telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya

Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini

Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata-kata perpisahan

Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yang telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya

wowoo ohh wooo biar cinta kita
wowoo ohh wooo abadi selamanya



Wednesday, 15 February 2012

Jika...

Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.


Jika asas perkahwinan adalah kerana kepuasan nafsu, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.


Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.

Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.

Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.

Namun,

Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya. 

WaAllahuA'lam

Tuesday, 14 February 2012

Ada ketikanya........


Ada ketikanya insan yg kita sayang, membuatkan kita dalam keadaan teruji


Ada ketikanya insan yg kita sayang, membuatkan kita terkeliru


Ada ketikanya insan yg kita sayang, selalu membuatkan kita terluka


Ada ketikanya insan yg kita sayang, semakin membuatkan kita terkilan


Ada ketikanya insan yg kita sayang, membuat rasa sabar kita kian menipis


Ada ketikanya insan yg kita sayang, mengguris hati kita hingga menitis airmata


Namun kita ttp menyayanginya krn dia sentiasa bertakhta di hati




                                                                                                           

Friday, 10 February 2012

Setia???


Assalamualaikum..

Apa khabar semua, harap shat2 ye.. sha disini sihat2 saja di samping keluarga..
Entri malam ni tajuk nya ‘setia???’.. sha terfkir nak tulis entri ni bila sha dengar radio.. cerita nya macam ni...

Si A dah bertunang dengan si B.. Si B pulak berkursus selama 3 thn.. pada 1 hari, si A keluar dengan awek dia bernama si C.. Si B tak tahu wujudnya si C... Si A keluar dengan C naik moto & berhenti di traffic light kat depan sekali.. Si A terpandang kat sebelah kanan & nampak tunangnya dalam kereta sedang berpeluk tubuh...

Si A tak tahu nak berkata apa lalu memberitahu si C, ‘kat belah kanan tu tunang dia’... Lalu tunang si A kol & cakap nak jumpa... Berjmpa la diaorang malam tu & berperang la diaorang... tapi apa kan daya, diaorang putus... Tapi alhamdulillah, jodoh diaorang panjang & diaorg kwin jgk..& moto tu si A jual agar peristiwa tu tak diingati lg..

Setia lah pada pasangan kita jika pasangan kta tu tak dak wat slah pa.. Tapi kalau dah tak sehaluan, putus la dengan cara baik.. curang bukan cara nya.. jangan sampai lagu “sesal mendua” kena dengan diri u’ll ye..

Setakat tu saja untuk entry malam ney.. nanti sha update lagi blog ni..

Wassalam...



Thursday, 2 February 2012

Amalan Ayat Kursi



Ayat Kursi:

1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi.

2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu. 

3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat.

4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam.

5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanya kematian.

* Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg 

mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat

selamat beramal.