My Friends

Tuesday, 22 May 2012

My favourite novel :)

Assalamualaikum..

First novel :


Sinopsis


Bot milik peribadi Datok Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut Cjina Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Mustaza dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak Sulaiman.

Taufik tidak setuju denagn cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasih bernama Isabella, model terkenal tanahair. Manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.

Namun segala impian mereka tidak tercapai. Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina pula terpaksa putus dengan Zulkifli.


Bahagiakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama?

" Kalau u all nak taw secara lanjut, kna bca sendiri la ye.. Felling abess.. ;) "

Second novel :


Sinopsis


Sekiranya mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran, Syira wajib berkahwin dengan calon suami yang dipilih ayahnya. Dia terpaksa akur dengan syarat itu demi cita-citanya yang satu.

Belumpun diijabkabulkan, dia bagaikan sudah ditalak. Airy yang tidak mahu bertemu dengannya sehingga sah menjadi suami isteri, terang-terangan memberitahu sudah ada kekasih yang mengisi jiwanya. Dalam pada diri redha, hati Syira terluka. Dia turutkan jua permintaan Airy untuk berlakon sebagai pasangan yang bahagia. 

Perwatakan Syira yang bijak dalam segala hal sedikit demi sedikit menawan hati Airy tanpa disedarinya. Syira sangat sempurna sebagai wanita dan isteri. Kerana ego, tergamak dia menghancurluluhkan perasaan Syira. Bersama cinta yang sudah bertunas untuk si suami, Syira tekad membawa diri. Apabila tiba masanya, dia kembali. Namun, mengapa Airy terlalu baik padanya? Mungkin Airy mahu memadukannya. Mungkin juga mahu menceraikannya! Walau apa jua yang terjadi, dipujuk hati agar tabah menghadapi.


" best sgt.. thumbs up... "

Third novel :


Sinopsis 

Dahlia Binti Darius…..nama yang cukup ringkas, seringkas tuan empunya nama. Namun sayang, kehidupan yang ringkas dan bahagia berubah sekelip mata. Air matanya menitis buat kali pertama tatkala ditinggalkan bakal suami pada hari pernikahan. Lagi menggemparkan apabila dia sah menjadi isteri kepada lelaki yang langsung tidak dikenali!

“Ya Allah! Berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi cubaan yang Engkau hadiahkan padaku ini. Mungkin dia adalah lelaki terbaik yang Engkau utuskan buat hamba-Mu ini….” – Dahlia

Aariz Danial Bin Abdullah…..kehidupannya tidak seindah nama, terlalu berat dan terlalu menyakitkan. Hanya pada keluarga itu, kasihnya tumpah dan dia sanggup melakukan apa saja demi hutang budi yang menggunung. Dan sekelip mata, dia sah menjadi suami kepada gadis yang langsung tidak dikenali!

Ya Allah! Aku memohon pada-Mu, berikanlah aku kekuatan untuk menghalang hatiku daripada menyintai dia. Dia wanita sempurna, dan aku tidak layak untuknya….” – Aariz

Mereka merancang, mereka menghitung perjalanan hidup dengan mengharapkan kebahagiaan abadi, namun siapa mereka untuk menghalang bila Yang Maha Esa punya rancangan-Nya sendiri? Maka benarlah, kata-kata itu….Manusia hanya mampu merancang dan meneka, namun kepada Allah juga segala ketetapan.

“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”

 " thumbs up "

Ni novel yang sha bru bca :


Sinopsis :

AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. 

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. 

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. 

Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...

 " novel ni thumbs up :) besstttt.... "

Saturday, 19 May 2012

Alhamdulillah, syukur..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Rezeki, ajal, maut, jodoh semuanya terletak ditangah Tuhan... Syukur  sangat ke hadrat Illahi kerana kontrak keja dilanjutkan sehingga hujung bulan 7.. Kini ku boleh tarik nafas lega apabila pihak HQ di KL mengeluarkan memo mengatakan kontrak kami semua dismbung..

Boleh la ku bekarja lagi bersama2 kwan2 kesyangnku iaitu cheah, wani, bunga dan yati.. Boleh la lagi bergurau senda dengan staf2 yang rapat dengan sha & the geng.. Kalau kontrak tidak disambung, aduhh kusut kepala ni nak pkir nak cri keja plak, dengan nak raya lagi & nak byar duit pnjaman lg... 

Tp alhamdulillah syukur, kontrak disambung.. Kmbali ceria... :)

Wassalam...

Thursday, 17 May 2012

Menghitung Hari

Assalamualaikum..

Hope semua sihat2 je la ye.. Entry malam ney adalah menghitung hari.. Selalunya kita orang menghitung hari nak khawin je kan... Tapi menghitung hari ni tak dak kaitan dengan semua tu.. Tapi ni menghitung hari kontrak keja di sebuah syarikat badan berkanun akan tamat hujung bulan ney..

Sha dapt keja sebagai pmbantu tadbir (penaksiran) di sebuah syarikat badan berkanun.. Sha msuk keja 24/11/2011.. Sepatutnya abis keja 23/3/2012 yg lepas tapi kontrak sha & kawan2 dilanjutkn sehingga hjung bulan 5.. alhamdulillah, rezeki..

Setelah hampir stgah tahun keja di syrikat ni, akhrnya trikh pnghjung kntrak hmpir tiba.. berbaki lagi 13 hari lagi untuk meninggalkan ofis.. Sdey nak berpisah dengan wani, che ah, yati, dan bunga... My best friends ever.. 

Kemana la hala tuju sha nnti selpas ni.. Pas ni keja apa plak ye.. Hurm.. Lepas ni ssah plak la nk jmpa best friends sha 4 orang ni.. hye.. Tak dak rezeki kontrak kami dismbung.. Tpi apa2 pun, alhamdulillah sha dapt ilmu pekerjaan spnjang bekerja disni.. Mncri pngalaman keja slpas hbis blejar adalah pnting.. Msa nak intrview keja lain pun msti diaorg ada tnya kan.. Ada pngalaman keja mrupakan 1 kelebihn..

Ok la, sktakat itu sja entry untuk malam ney.. Kalau ada cta lg, sha update2 blog lg ye...

Wassalam..



Wednesday, 16 May 2012

Tersentuh hati

Assalamualaikum...

Pada 14/5/2012 yang lepas, ada interview tentera laut di sebuah sekolah yang terletak di Kuala Perlis.. Sha dapat taw pasal interview ni pon daripada kawan ofis... Sha mnta bf try nsib, kot2 la dapatkan... Sebulan sebelum interview, boleh dikatakn tiap2 minggu sha ingatkan dia, tapi sha bagitaw awal2 kat dia yang sha tak paksa dia pi.. Malam interview :

So, b esok macam mana?

Nak tengok dia ingat ke tak..

Esok macam mana apa?

Sah! Dia lupa..

Esokkan interview tentera.. hye...

Aiyoo, kena ingatkan lagi... Ish3...

Besok ka? Bukan bby kata 15/5..

Aiyak, dia lajak 1 hari pulak.. Kalau pi 15/5, u interview sorg2 la syg oiii... 

 14/5 la.. hurm senang cita tak payah pi la...

marah berbaur kecewa..

Kenapa tak yah pi plak?

tanya plak ye.. nk kena dah la tu...

Xdak pela..

sembnyikan perasaan yang tengah kecewa...

Lagipun, esok memang tak boleh pi sebab tadi jtuh tangga & bahu bengkak?

gulp! jatuh tangga?? Oh nooo...

Lepas2 tu, sha kata kat dia dah tak payah pikir psal intrview tu.. Ksihatan dia lebih penting.. Kalau pksa pi jugak, dah kejam namanya tu... I just want him get well as soon as possible...

Keesokkan hari :

Bby, b pi jgk intrview tu...

what!! pi jugak!

Kan bahu sakit, napa pi jugak...

sakit2 pi jugak.. nak mrah dah la ney..

Sebab tak nak kecewakan bby..

Gulp! Dia xnak aku kecewa??? Sob3..

Tapi apa2 pun, dia tak smpat jalani interview tu sebab phak diaorang dapat taw yang bahu bf sakit & bwak dia pi hosp...Ya Allah, tersentuhnya hatiku... Sakit2 pun dia pi jugak sbb xnak aku kecewa... Ya Allah, lindungilah dia.. Berikanlah kesembuhan kepadanya.. Amin... Dia sanggup buat apa saja untukku.. 

Sayang kamu, MHK...

Nnty sha update2 lagi ok kalau ada story lagi...Sekian...
Wassalam..



Friday, 11 May 2012

Sayunya Hatiku



Assalamualaikum..

Baru2 ni kita dikejutkan dengan tersebarnya video seorang ibu yang mendera bayinya.. Ya Allah, hanya Tuhan saja yang tahu penderitaan dan kesakitan yang dialami bayi sekecil itu.. Apa salah bayi itu sampai didera oleh ibunya... Perasaan marah dan geram timbul pada ibu bayi tersebut...

Sebak dihati ini mendengar tangisan bayi itu.. :'( Video ini menyebabkan kemarahan orang ramai.. Bayi itu, disepak, dicubit, dipkul dengan bantal dan macam2 lagi.. Sedih sangat2... Kalau orang yang merakam video itu, tentu ibu bayi itu tak kena apa2 tindakan.. Pada mulanya geram juga pada orang yang merakam video ni sebab tak hentikan tindakan ibu bayi tersebut...

Tapi setelah mengikut perkembangan kes ni, rupa2nya kes ni berlaku pada tahun lepas.. Ibu bayi itu pon dah menjalani hukuman.. Bayi tersebut juga selamat dan berada dibwah jagaan keluarga angkat.. Tentang orang yang merakam juga, kalau dia tak rakam nak buat laporan pun tak dak bukti.. So, sebagai buktinya dia telah merakam video tersebut tetapi telah disalah anggap sebagai bersubahat... 

Kita boleh ja nak wat laporan cakap itu ini, tapi pihak berwajib mesti nak tengok buktikan.. Orang yang merakam pon dah cuba melarang ibu itu dari mendera anaknya tapi apa kan daya tidak berjaya.. So, orang ini  merakam supaya ibu ini diberi tindakan yang sewajarnya..

Ingatlah, anak adalah anugerah dan rezeki yang Tuhan berikan.. 
Kita hendaklah menjaga dengan sebaik-baiknya... 

Wassalam..


Wednesday, 2 May 2012

Closure Dinner

Assalamualaikum..

Pada hari jumaat malam bertarikh 23/3/2012 yang lalu, berlangsungnya satu makan malam penutup di Summit Hotel, Seberang Jaya dan tema majlis makan malam ni adalah 'dominant black'.. <majlis penutup apa, dirahsiakan>... Majlis makan malam sepatutnya bermula pada pukul 8 malam tetapi sementara menunggu kehadiran rakan2 & tetamu yang lain, majlis dimulakan pada pukul 8.30 malam...


Selepas balik keja pukul 5, sha & the geng pergi bersiap di rumah kwan dkat area penanti... Kawan2 yang lain, sha tak tau la... Yang pastinya, ramai kawan2 yang dapat hadirkan diri pada majlis yang sederhana ni.. Majlis ni dikendalikan sendiri oleh rakan2 tanpa melibatkan orang yang lebih arif bab2 event ni... Majlis ni ni dipengerusikan oleh Mr. Rul & Miss Mas..


Majlis kemudiannya diserahkan kepada timbalan pengarah ,bonda @ penyelaras dan ketua yang dilantik oleh kmi utk memberikan sedikit ucapan.. Sterusnya upacara perasmian mjlis makn malam dan memotong kek... Selepas smua nya dah selesai, masa utk menjamu selera.. Macam2 makan yang disediakan dan makanan memang sedap... Puas hati dengan dinner yang dirancang ni.. Majlis ni dibuat awal 2 bulan sebab ada seorang kawan yang menamatkan kontrak awal sebab due date utk bersalin dah dekat...


Sementara tengah makan, majlis diambil alih oleh kawan bek sha iaitu bunga.. Kami main macam2 game yang hanya melibatkan percakapan shaja.. Nak main lasak2, ruang terhad & semua dah dressing cantik2... Dah selasai main, acara cabutan bertuah & pencarian king dan queen dijalankan... King dimenangi oleh Kerol dan queen dimenangi oleh Faza... Tahniah buat diaorang....

Ada acara yang terpaksa skip sebab kesuntukan masa.. Majlis ini diceriakan lagi dengan persembahan nyanyian daripada semua budak2 laki yang keja sekali dengan sha.. 3 buah lagu mereka nyanyikan iaitu lagu sebelum cahaya, hari ini dan semalam dan semua tentang kita...



Majlis ni tamat lebih kurang pukul 11 lebih... Sebelum semua bersurai, sesi bergambar dijalankan sebagai kenangan.. Setakat itu saja tentang closure dinner yang sha nk kongsi dengan kawan2...

Wassalam...