My Friends

Sunday, 4 March 2012

Farewell ijat & amira..



Jumaat yang lepas bertarikh 2/3/2012, berlangsungnya jamuan perpisahan 2 orang kawan dari ofis tempat sha bekerja.. jamuan ni di rancang sendiri sha & the geng iaitu wani, mas <bunga>, yati & che ah.. kemudian, kami berlima plan dengan penyelaras & kawan2 yang lain untuk buat surprise party tanpa pengetahuan ijat & mira.. kami kutip duit untuk beli kek & makanan.. penyelaras offer utk support bihun & buat catering..

pada pukul 12.15, time lunch sha & kawan2 pergi makan kat route 69 dulu.. sesudah makan, kami pergi jusco perda untuk beli kek & makanan ringan untuk jamuan.. kek secret recipe menjadi pilihan kami.. kami minta pekerja kat situ tulis ‘fareweell ijat and amira’ kat atas kek..


lepas pilih kek, kami shopping pulak kropok2 & snek2 untuk jamuan.. banyak jugak la yang kami ambik coz bajet seramai 70 orang yang terlibat dengan jamuan ni.. duit yang kami kumpul pun cukup2 ja untuk beli kek dan makanan ringan yang lain.. shopping punya shopping, dah pkul 2.15..



dah abeh shopping tu, balik ofis pada pukul 2.30.. sampai ja ofis, kami cepat2 sorokkan barang2 yang kami beli sebab takut ijat & mira nampak... pas dah bawak sorok, sha & lagi 4 orang kawan pergi la solat dulu sebelum uruskan jamuan ni.. dah selesai solat, penyelaras buat pengumuman pulak yang ‘big bos’ nak jumpa sha & lagi 48 orang kawan sha.. kami semua pi la bilik mesyuarat & berada disitu selma 45 minit...

pas kami abeh meeting, penyelaras pulak meeting.. lagi lambat la majlis bermula... tunggu punya tunggu, pukul 4 petang jugak la penyelaras abeh meeting.. kami pun ape lagi, jalan kan apa yang dirancang dengan penyelaras.. penyelaras panggil ijat & mira buat2 ada hal yang nak dibincangkan..and then, kami tutup pintu & buat persiapan.. kek dihidangkan & makanan pun dikeluarkan..

selesai kami uruskan semua tu, kami bagi green light kat penyeleras dan minta ijat & mira jumpa kami.. bila diaorang buka pintu ja, kami semua sebut ‘SURPRISE!!’.. then, kami semua nyanyi lagu bertemu dan berpisah beramai2 & minta mira dan ijat tiup lilin.. sebak dihati rasanya sebab nak berpisah dengan kawan setelah 5 bulan teruskan perjuangan bersama2..

selepas selesai nyanyi, penyelaras bagi ucapan.. pnyeleras ucapankan terima kasih kepada pengelola jamuan ini iaitu sha & 4 orang kawan.. <waaa, bangga siot>.. pas tu, kami semua minta ijat & mira bagi ucapan.. dengar sora sebak diaorang.. selesai ijat & mira selesai bagi ucapan, kami minta ijat & mira potong kek.. first ijat potong dulu, selepas tu mira menyusul... meriah sangat jamuan ni sebab banyak pihak yang terlibat & mendpat sokongan dari kawan2 yang lain and penyelaras..

alhamdulillah, jamuan berjalan dengan lancar walaupun mula lewat sejam yang sepatutnya mula pukul 3.. kawan2 pakat tangkap gambar dengan ijat & mira.. maklum la, last day diaorang dengan kami semua..sebelum balik, sha & kawan2 bersalaman dengan mira..


to ijat <muhammad izat amer> : gudluck my fren.. all the best 4 ur degree.. tahniah sebab berjaya melanjutkan pelajaran kat arau, perlis.. ada rezeki kita berjumpa lagi.. insya-Allah...

to mira <farah amira> : gudluck to u too... all the best... semoga baik2 saja di shah alam k.. insya-Allah, nanty kita berjmpa lagi...

setakat itu sahaja yang sha nak kongsi untuk malam ni.. ada apa2 sha nak share nnty, sha update blog ni ok.. wasslam..

No comments:

Post a Comment