My Friends

Wednesday, 2 May 2012

Closure Dinner

Assalamualaikum..

Pada hari jumaat malam bertarikh 23/3/2012 yang lalu, berlangsungnya satu makan malam penutup di Summit Hotel, Seberang Jaya dan tema majlis makan malam ni adalah 'dominant black'.. <majlis penutup apa, dirahsiakan>... Majlis makan malam sepatutnya bermula pada pukul 8 malam tetapi sementara menunggu kehadiran rakan2 & tetamu yang lain, majlis dimulakan pada pukul 8.30 malam...


Selepas balik keja pukul 5, sha & the geng pergi bersiap di rumah kwan dkat area penanti... Kawan2 yang lain, sha tak tau la... Yang pastinya, ramai kawan2 yang dapat hadirkan diri pada majlis yang sederhana ni.. Majlis ni dikendalikan sendiri oleh rakan2 tanpa melibatkan orang yang lebih arif bab2 event ni... Majlis ni ni dipengerusikan oleh Mr. Rul & Miss Mas..


Majlis kemudiannya diserahkan kepada timbalan pengarah ,bonda @ penyelaras dan ketua yang dilantik oleh kmi utk memberikan sedikit ucapan.. Sterusnya upacara perasmian mjlis makn malam dan memotong kek... Selepas smua nya dah selesai, masa utk menjamu selera.. Macam2 makan yang disediakan dan makanan memang sedap... Puas hati dengan dinner yang dirancang ni.. Majlis ni dibuat awal 2 bulan sebab ada seorang kawan yang menamatkan kontrak awal sebab due date utk bersalin dah dekat...


Sementara tengah makan, majlis diambil alih oleh kawan bek sha iaitu bunga.. Kami main macam2 game yang hanya melibatkan percakapan shaja.. Nak main lasak2, ruang terhad & semua dah dressing cantik2... Dah selasai main, acara cabutan bertuah & pencarian king dan queen dijalankan... King dimenangi oleh Kerol dan queen dimenangi oleh Faza... Tahniah buat diaorang....

Ada acara yang terpaksa skip sebab kesuntukan masa.. Majlis ini diceriakan lagi dengan persembahan nyanyian daripada semua budak2 laki yang keja sekali dengan sha.. 3 buah lagu mereka nyanyikan iaitu lagu sebelum cahaya, hari ini dan semalam dan semua tentang kita...



Majlis ni tamat lebih kurang pukul 11 lebih... Sebelum semua bersurai, sesi bergambar dijalankan sebagai kenangan.. Setakat itu saja tentang closure dinner yang sha nk kongsi dengan kawan2...

Wassalam...

No comments:

Post a Comment