My Friends

Wednesday, 14 August 2013

Hari Raya Aidilfitri Tahun 2013 Punya Cerita


Assalamualaikum..

Apa khabar semua, blogger? Dah lama dah tak update blog ni.. Bukan apa, tak dak story baru nak share dengan blogger smua..

Masih belum terlambat lagi rasanya nak ucap selamat hari raya kan.. Yela, baru raya ke-7 kan.. Ok la, nak cita serba sikit la tentang raya tahun ini..

Raya tahun ni dah tak semeriah macam tahun2 sebelum ni.. Cuti keja pun sehari sebelum raya.. Kueh raya pun mak & sha pakat2 beli sebab tak sempat nak buat.. Tiap2 pagi raya mesti abang ngah sha bising pagi2 suruh seterika baju, tapi tahun ni dia seterika sendri.. (Rindu la pulak nak kena bising pagi2.. Berdikari la kot sebab dah nak berumah tangga).. Tahun ni tak beraya sekali dengan abang sulong & kakak ipar sebab abang sulong balik rumah mak mentua di Alor Setar..

Dah jadi kebiasaan sha sekeluarga, pada malam raya mesti balik Kedah, rumah atok sha & buka puasa kat sana.. Selalunya, bila balik Kedah semua makcik2 & pakcik2 sha ada.. Riuh bila semua berkumpul.. Bila time buka puasa, penuh ja ruang makan.. Tapi tahun ni balik, ada family paksu & family cik aznan ja.. Sunyi nya la rumah tok sha, tak rasa macam nak raya... Cuma keliling rumah tok sha, budak2 dok main mercun & bunga api.. Tu ja yang boleh menampakkan nak sambut raya..

Pada pagi raya, dah jadi kewajipan setiap keluarga bermaafan antara satu sama lain.. Bila sampai turn sha salam abang ngah, bukannya nak minta maaf. Time cium tangan abang ngah sha, sha minta duit raya... Hehe5, tak senonoh punya adik.. Sha memang rapat dengan angah.. Angah la geng gaduh sha.. Hehe5.. Tahun ni dapat la duit raya daripada angah & kakak ipar.. Duit raya dari angah sebelum bergelar tunangan orang.. Tahun ni kena bagi duit raya kat orang dah.. J

Macam tahun lepas, sha & hafis mesti pakai baju raya warna sama... Tahun lepas warna biru langit, tahun ni warna hitam pulak.. Sha tak dapat warna sama dengan family sebab family sha tak tetapkan sebarang tema... 


  Pagi raya sha & family gerak balik kampung belah Perak pulak.. 4jam dah smpai, selalunya 5jam.. Sampai2 ja kampung, my luvly cousin ada... Suka cek.. Raya pertama tu, rehat2 ja.. Bila sampai ja time tido, pada pukul 2 pagi berlaku something kat sha.. Kena gigit lipan kat tangan.. Sakit jangan dok kata la, mengeletar tangan tahan sakit.. Besaq dua jari tangan kot.. Hu5.. Mujur time tu atok sha bangun, boleh la minta minyak.. Tapi siapa sangka, pakcik sha pun kena jugak gigit lipan.. Huhu5..

Raya kedua selalunya tiap2 pagi sha, mak, adik2 & family my luvly cousin akan beraya kat rumah tok2 sedara tapi tahun ni tak pi.. Kedua2 tok sha tak bapa sihat, kesian pulak nak tinggal atok sebab ramai yang datang beraya kat rumah tok sha.. Tapi sebelah petang family sha & family luvly cousin beraya kat rumah maksu & paklong... Nasib angah & ikhram (sepupu) ada kat rumah tok.. Maklong buat mee kari, pergh sedap.. Favourite hafis, kalau dia taw konform jeles... Hehe5...


Raya ketiga, pulang ke Penang semula.. Hari  isnin dah start keja balik.. Tak puas cuti!!! Sob2..

Setakat tu ja, pengalaman raya sha tahun ni.. Ada entry baru nanti, sha update ye..

Wassalam..

No comments:

Post a Comment